Setiap bahasa di dunia ini terdapat bahasa-bahasa yang kasar yang tidak begitu elok untuk dipertuturkan. Namun dalam keadaan tertentu seperti untuk seseorang ingin menegaskan sesuatu keadaan atau pun sedang marah....
Antara bahasa-bahasa yang kurang elok :-
Contah ayat.....
Ape ke hea nya kome ni.... keghoja tak siyo balik romah asyik mencekik jer. Lalu ke aku nak nanggung kome je. Selagi tak mateharie tegak di kepala haram kome nak bangun. Mengholoh sampei tengah hari buta. Apa ke jadahnya
Diatas ini ada beberapa perkataan yang agak Kasar seperti :
MENCECIK - MAKAN
HARAM - TIDAK
JADAHNYA - KENAPA
TAK SIYO - TAK MAHU
MENGHOLOH - TIDO
Dalam bahasa baku bunyi nya adalah seperti berikut :-
Kenapa kamu tak bekerja, bila balik rumah kamu asyik nak makan jer. Tak mampu lah aku hendak menyara kamu. Selagi matahari tidak tegak di kepala selagi tu kamu tak bangun tidor. Tidor sampai tengah hari. Kenapa?
No comments:
Post a Comment